Aciya. 26. Bhello

#2

Image via Tumblr


Salam ladies and gentlemen. (I know ada orang baca kihkih)


Everyone's talking about marriage lately. Like, hello. Tengah lepak dengan kawan sekolah yang dah bertahun tak jumpa, tiba-tiba "korang jemputlah ke majlis kita nanti. Bulan depan." Lepas tu seorang demi seorang "insyaAllah kita next year." Awal tahun lah. Pertengahan tahun lah. Akhir tahun lah. Eh eh. Tiba-tiba semua orang dah ada plan. Atiya? krik krik krik

Ni baru jumpa kawan yang form 1 sampai form 3. Belum lagi budak kelas dengan dorm mates masa kat Teknik. Kawan-kawan Diploma. Degree lagi. Nasib baik ceq kerja ngadap Yana je hari-hari harhar

Iye. Semua orang pun mesti lah ada rasa nak kahwin kan. Me too (gatai gatai. Keluaq tanduq). But, I keep asking myself. Dah ready ke? Orang akan ingat ready preparation untuk majlis kahwin diorang kan? Cukup ke duit? (Oh yes. Alasan no 1; tak cukup duit nak kahwin. Nak ikutkan cukup duit tu, forever lah kau tak kahwin oi.) Cukup ke duit hantaran, duit nak tempah baju kahwin, kad jemputan, pelamin, mak andam, book dewan, doorgift, makan... Kan kan?


But for me, lepas tu yang kena utamakan. Yang kena jaga.

Like, aku dah ready ke nak mengadap muka dia doplohpat jam? (haah waktu tidur waktu kerja pun ngadap gak)
Dah ready ke nak terima segala kekurangan dia?
Dah ready ke nak layan kerenah dia?
Dah ready ke nak susah senang bersama?
Dah ready nak uruskan rumah tangga?
Dah boleh terima keluarga dia?
Dah ready ke nak ubah diri? 360 darjah hidup akan berubah.
And of course, diri sendiri tu. Solat tu. Mengaji tu. Semua tu dah terjaga ke? See.


Soalan-soalan ni kerap aku tanya diri aku. Benda kahwin ni bukan perkara main-main. Bukan kita nak kahwin untuk sehari dua kan. Dan bukannya boleh buat trial and error. Ecewah matang sangat statements.


Orang cakap, pasangan kita adalah cermin diri kita. Jadi, awak dah ready ke?



Eh. Maaf. Ter-serious pula post ni.