Aciya. 26. Bhello

#1

image via Tumblr


Salam Reader(s). (Eh ada ke orang baca blog awak Atiya? haha perasan)

Sebenarnya, tiba-tiba dapat mood nak meng-update blog pada hari yang indah ini. Tiba-tiba teringat perasaan teruja (gituw) setiap kali nak post dulu. Di mana blog ni dah jadi macam open diary aku. Segala aktiviti seharian nak update. Nak keluar pergi kedai pun update post (yada yada dulu tak reti main Twitter. What is Twitter kekonon).

Bukti aku punya teruja, sampai bila dah tak ada benda nak post, aku akan cari idea juga. Google fakta lah. Salin lirik lagu pun boleh tau (acah bagi pakwe faham perasaan kita melalui lagu waktu tu kahkah boo sama dia). Oh. Dan azam tahun baru. Di mana satu azam pun tak tertunai. Mana janji manismu nak berani bawa kereta Atiya? -.-

Punya lah teruja lagi, sampai sanggup duduk depan laptop berjam-jam semata-mata nak cari background yang lawa (lawa ke? Serabut je tengok. boo dua kali). Konon nak bagi orang buka rasa tenang. Padahei siapa je yang sudi buka blog kau ni Atiya, selain, Atiya sendiri. Boo tiga kali dah.

Dan ada lah teruja sikit bila ada kawan hantar mesej "Atiya bila nak update blog kau lagi? Aku suka baca. Kelakar" Tak sangka aku ni kelakar orangnya. Semangat lah nanti mencari idea. Cari cari cari. Sanggup update post dari buat assignments. Pastu tak tahu dia baca ke tidak. Sebab lepas tu dia diam. Dan, tak pernah mesej aku lagi. Pfftt.

Eh, Ada seorang staf dekat tempat keja Baba pun baca oi. Sekali tu jumpa dia cakap "akak suka lah baca blog kamu. Selalu baca. Update lah lagi". Lepas dia cakap tu, aku terus jarang update dah, Haha sorry kak. Busy sambung belajar balik.

Forever busy zaman degree tu. Langsung tak buka blog. Buka balik masa internship last year. Thanks to my unstable emotional feelings before, habis semua post aku delete masa tu. Pastu emo sesorang sebab taktau macam mana nak update blog. Buka blog dengar lagu je. Lagu sedih pula tu. Kahkahkah. Boo dia kali ke-empat.




Ps. Eh, terpanjang pula. Dapat idea masa tengah termenung nak sahur. Gitu tau.
Pss. Kemain lagu yang play kat radio sekarang ni. Because Of You gitu.
Psss. Hai awak, miss me?