Aciya. 26. Bhello

#6

Peace be upon you.

Wah gitu pula cara dia beri salam. kahkah.


Punya lah banyak kerja yang nak kena submit by next week due-to-my-head-nak-pi-holiday-dua minggu-maka-semua-kerja-kena-siapkan-latest-by-Monday, sampai aku bawa balik kerja ke rumah. Semangat tau. Konon-konon hari Sabtu yang berbahagia ni,
Nak hantar kereta pergi service lah.
Nak siapkan kerja lah.
Nak kemas bilik lah.
Nak itu lah, nak ini lah.
Tapi Aciya is being Aciya. Bilik pun tak kemas apa. Buka laptop cucuk pendrive, login blog, maka selamat tinggal lah kerja ku. 

Nasib baik cucuk pendrive. Je.
Nasib baik tak cucuk hard disc.
Nasib baik hard disc dah lama tak update movie/drama.
Nasib baik tak ada mood nak tengok drama guna laptop.
Nasib baik tak buka Youtube.
Nasib baik tak stalk orang. eh eh.

Toksah berangan nak siapkan kerja hari ini. Pfftt.

Ikutkan hati, banyak je nak menaip ni. Tapi makin lama makin hilang idea tu. Ni nak meng-update satu post pun berjam baru siap. Macam mana entah dulu boleh banyak idea nak taip. Hilang taring orang cakap. Sekarang taip pun macam serius semacam aja. Nak taip kelakar-kelakar, rasa macam tak kelakar pula. Rasa macam dah makcik-makcik sekarang. Kahkah takdak kaitan.