Aciya. Double 3. Bhello

#5

Assalamualaikum.

Phew. Setahun tak buka blog ni. Tak buka tu, bukan setakat tak post, tapi memang tak buka! Hampir terlupa aku ada blog. (over sangat)
Teringat ni pun sebab masa birthday Pah, aku cakap "eh hari ni birthday Pah..!" (kekonon nak mulakan topik perbualan)
sekali orang tu cakap "setahun dah...?"
Aku pun macam setahun apa kan?
Rupanya setahun dah blog ni diabaikan.
Setahun yang lepas lah last aku menulis.
Setahun yang lepas juga lah last aku meng-update blog.

Eh eh. Kantoi ada orang tu buka blog kita selalu sebab nak tengok kita ada update apa-apa tak. Kahkah

Setahun.
Lepas wish birthday Pah, dia jadi Umi! haha siapa sangka, Pah jadi Umi secepat ni?
Zazai pun kahwin. Fathin pun kahwin. Athirah pun kahwin.
Kawan masa sekolah, kawan masa diploma, kawan masa degree.
Orang tu tunang. Orang ni kahwin. Haakk. Sekejap nya!

Setahun.
Setelah berkurun dapat lesen (boo).
Setelah beribu janji manis dan azam baru.
Setelah entah berapa kali kena kutuk kena marah kena bebel.
Akhirnya tahun lepas aku dah boleh drive! haha 
Emm terpaksa drive sebenarnya.
Sebab dah mula kerja.
Sebab tak ada orang nak layan dah.
Sebab mana ada orang nak hantar kita pergi kerja setiap hari kahkah.
Agaknya kalau tak kerja kat sini, tak drive lah aku forever and ever haha


Setahun.
Macam-macam benda terjadi dalam tempoh setahun.
Macam-macam perubahan berlaku.
Macam-macam cerita.
Macam-macam.



In a year, who knows?