Aciya. 26. Bhello

#4

Kehadapan Cik Pooh,



Haa terkejut tak aku suruh kau buka blog aku? Haha jangan risau. Bukan kejutan yang menarik pun. Aku cuma malas nak wish dekat Whatsapp tu sebab macam tak best je. Dekat Instagram pun macam tak best je juga (padahal dah buat tahun lepas). Dekat Facebook lagi la macam tak best je. Jadi aku pilih lah blog.
Sebab aku nak taip panjang-panjang. 
Pastu sebab saja nak susahkan kau buka blog aku.
Pastu sebab aku kan unik.
Pastu sebab suka hati aku lah. Layan je lah. Muahaha.


Bila fikir balik, tak sangka aku kau yang akan kahwin dulu. Eh. Kau yang kahwin dulu. Akan apanya. Setahun dah pun kau kahwin. Nak terkeluar dah pun anak kau kan. Haha. Kau yang selalu macam sengal-sengal, gila, menangis bila telefon Ummi, tiba-tiba nyanyi lagu dangdut hindustan rock kapak bila tengah study ni lah yang kahwin dulu. Padahal kau selalu cakap aku yang kahwin dulu. Mana janji manismu? Berani langkah bendul eh? huh (nada marah)


Dah lah dulu kau tunang senyap-senyap. Eh memang lah tunang kena senyap-senyap kan. Tapi aku kan gadis kesayangan kau. Sampai hati rahsiakan dari aku. Hint sikit pun kau tak bagi. Sentap aku dua saat. 

Eh terungkit kisah tahun lepas pula. Tak apa. Setiap tahun birthday kau aku akan tetap mengungkit hal ni kahkahkah


Punyalah panjang introduction aku. La ni baru nak sampai ke point utama haha.





Selamat ulang tahun ke-64 (kahkah) Cik Puh.
Semoga berbahagia dunia akhirat bersama Deli (sampai sekarang aku tak tahu nama betul dia).
Semoga menjadi Umi yang tak sengal kepada bakal-bakal calon menantu pilihan aku,
Semoga anak-anak-anak-anak-anak-anak-anak-anak yang bakal kau lahirkan comel-comel macam aku. hikssss
Semoga tak bad mood pagi-pagi sebab tak *****
Semoga tak nyanyuk dan lupakan aku (jangan risau. Birthday aku tahun depan aku akan ingatkan kau lagi macam haritu ye haha)
Semoga berterusan sayang aku.
Dan semoga kau tak nangis baca ni ye haha.




Phew. Hampir terlupa hari ini birthday kau. Bukan terlupa tarikh. Tapi terlupa nak post ni. Padahal semua-semua ni aku dah siap karang dari minggu lepas lagi tau. Mau meroyan aku sesorang kalau lupa post ni haha.



Bye si cantik.
Ikhlas, gadis comel sangat.